Thursday, 25 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR
Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada seluruh pelajar tingkatan 3 SMK Rawang. Semoga anda semua perolehi kejayaan dalam peperiksaan ini.
PMR akan dinilai untuk menentukan bidang-bidang yang akan diambil ke tingkatan 4 nanti, iaitu sama ada, sastera, perakaunan ataupun Sains tulen, dan sebagainya.
Jadinya, kepada putera puteri SMK Rawang diminta bertenang, jangan gabra, PMR jer kot!! Kalau gagal pun masih ada masa lagi untuk tebus di SPM nanti, tp jangan sampai gagal pula.....di PMR niii...So, disini, anda boleh rujuk tip-tips yang bagus untuk anda berjaya dalam menghadapi peperiksaan.
Saturday, 20 August 2011
TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-
1) Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
2). Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam.
3). Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk
Friday, 19 August 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)